hari itu pagi jam 10 aku dikejutkan dengan satu panggilan dari nombor tak bernama maksudnya no number, tiba2 aku dimaki ''wei babi dan bermulalah episod carut mencarut dan bla bla bla lagi yang dia memang tak puas hati dengan aku. aku diam aku tenangkan fikiran aku cool tak mahu bising2 tak mahu gaduh2 tak mahu tahu apa yang terjadi. makian demi makian aku terima, aku kata padanya dengan nada yang paling cool ''ye aku memang babi ye aku tak punya agama aku ahli neraka'' tiba2 nadanya turun perlahan tapi masih dalam ribut kehancuran, jiwanya yang pecah rabak tercampak kelobang iblis berkecai punah ranah tergolek tertonggeng, sampai mati pun dia tidak akan dapat melupakan hari itu, tidak dapat melupakan aku yang membuat marah hatinya membuat pecah berderai jiwanya hilang islamnya hilang kewarasannya tersunggkur cintanya berderai bak air hujan,matanya merah hatinya berdarah hitam, keluar dari jantungnya api...iya memang aku mahu buat dia begitu, memang motifnya aku dan dia, aku mahu membuat dia membenci seluruh kehidupanku. kerana satu waktu dulu dia telah menghancurkan seluruh hidupku kebahagiaanku, ketenanganku, kedamaianku. ya sekarang aku mahu menghirup rasa kecewamu menjadi ubat penenang menjadi anggur merah yang melepasi kerongkong ku yang haus.
masuk 3 tahun nanti aku serahkan semuanya pada dewa langit, biar pergi dengan tenang jika itu yang Dia mahu. mengambil semua yang tertinggalkan dalam jagaanku...
yakinlah aku adalah racun bagi hatimu, biar sampai mampus kau mengenang ku dan memuja bayanganku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan