Isnin, 17 Mei 2010

bikin lagu protes memang susah cari makan

beberapa belas tahu yang lalu aku punya band grindcore, musik metal memang sebati dalam diri aku. siang malam pagi petang layan lagu hantu warrrgggg jung jang jung jangggg triiinngggggggg sampai nak tido pun masih layan lagu white zombie hahaha gila. tapi rupanya bila dah berumur dah kool sikit mula pegang gitar acoustik semula hahaha kalau tak nirvana slayer punk death metal grinddeath huh dan macam2 grunk lagi yang aku layan sampai pecah telinga wharrrggghhhhhhhhhhhhhh...


rupanya musik tu lembut penuh sayang penuh dan cinta bukan maki hamun tapi best juga kalau skali skala maki hamun ni dapat lepas kan geram pada benda yang kita tak setuju..


kalau nak study tu aku akan buka lagu2 nasir kalau tak nasir aku dengar ramli sarip musik jalan terus warggghhh boleh dapat feelll lepas tu tetido hahaha tapi yang paling best layan beatle la..musik kord pg minor major pusing2 huh memang sedap dengar berbelit2 kording padahal senang jer hahaha cuma kena tau family kord.


heh ok aku dah sampai ke musik nusantara semula bikin musik hantam kere-jaan pun tak ada makna, menyokong belah kiri konon perut tak berisi baik bikin lagu universal, bukan dorang nak tolong aku pun. sampai aku nak busking kt mana2 pun susah ada jer orang marking..sekarang ni kalau nak protes atas diri sendiri sapa nak dengar dan amik pengajaran silakan. lepas ni aku nak bikin lagu cinta hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. pergi mampus la dengan pakatan ke pas ke dap ke umngok ke janji perut berisi duit ada tak susah nak beli itu ini tak susah nak belanja.


mak aku pun bukan sihat sangat dah tu...biarlah orang tua tu sempat tengok aku bejaya pulak. aminnnnnnnn.

Khamis, 13 Mei 2010

basahi tekak mu itu dengan anggur

hari itu pagi jam 10 aku dikejutkan dengan satu panggilan dari nombor tak bernama maksudnya no number, tiba2 aku dimaki ''wei babi dan bermulalah episod carut mencarut dan bla bla bla lagi yang dia memang tak puas hati dengan aku. aku diam aku tenangkan fikiran aku cool tak mahu bising2 tak mahu gaduh2 tak mahu tahu apa yang terjadi. makian demi makian aku terima, aku kata padanya dengan nada yang paling cool ''ye aku memang babi ye aku tak punya agama aku ahli neraka'' tiba2 nadanya turun perlahan tapi masih dalam ribut kehancuran, jiwanya yang pecah rabak tercampak kelobang iblis berkecai punah ranah tergolek tertonggeng, sampai mati pun dia tidak akan dapat melupakan hari itu, tidak dapat melupakan aku yang membuat marah hatinya membuat pecah berderai jiwanya hilang islamnya hilang kewarasannya tersunggkur cintanya berderai bak air hujan,matanya merah hatinya berdarah hitam, keluar dari jantungnya api...iya memang aku mahu buat dia begitu, memang motifnya aku dan dia, aku mahu membuat dia membenci seluruh kehidupanku. kerana satu waktu dulu dia telah menghancurkan seluruh hidupku kebahagiaanku, ketenanganku, kedamaianku. ya sekarang aku mahu menghirup rasa kecewamu menjadi ubat penenang menjadi anggur merah yang melepasi kerongkong ku yang haus.


masuk 3 tahun nanti aku serahkan semuanya pada dewa langit, biar pergi dengan tenang jika itu yang Dia mahu. mengambil semua yang tertinggalkan dalam jagaanku...


yakinlah aku adalah racun bagi hatimu, biar sampai mampus kau mengenang ku dan memuja bayanganku.

Selasa, 4 Mei 2010

cerita sehabis azan subuh

''Demi masa manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka yang tahu"

selepas habis azan subuh salam sahut sahutan diangkasaraya menyambut fajar pagi tiba. salam yang datang dari langit dan bumi turun dan menaik bersama embun yang suci. barangkali ada cinta dalam cerita mat punk ya memang tak dapat dinafikan bahawa cinta mengisi satu ruang dalam tubuh. entah bagaimana rupanya dan dimana tempat letak yang tepat bagi mencari titik penentu.


sambil menghisap lebihan lebihan candu bersalut tembakau yang padat memenuhi dada itu kami memulakan perjalanan menuju keruang langit yang terbuka. ringgit dan syurga atau neraka tidak berguna disini. disini disatu sudut ini yang paling suci adalah cintaNya. tak berupa tak berbentuk.


kami berjalan memasuki lobang cahaya dan mendengar sayup jauh kedepan kalimah Allahhumassollialamuhammad dan sepanjang perjalanan juga kami mengucapkan salam buat diri sendiri agar selamat dalam lindungan cinta sang hidup.